Monday, March 21, 2011

Ulasan Artikel

“Kesan kebiadaban di dunia siber”,  sebuah artikel oleh Dr Rahmat Ghazali yang menyentuh tentang salahlaku pengguna internet di Malaysia. Seperti mana yang diunsurkan dalam artikel ini, para pengguna internet di Malaysia menggunakan internet untuk melemparkan idealogi-idealogi yang berunsurkan kemarahan. Kenyataan ini, jika dilihat dari aspek luaran dan dalaman, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa perkara ini semakin berleluasa dalam kalangan rakyat.

Sesuatu yang terjadi sentiasa bersebab, para pengguna ini berani menyalahgunakan kebebasan bersuara melalui internet kerana Akta  Komunikasi dan Multimedia 1998 yang telah memberi kebebasan kepada pengguna-pengguna ini.  Lalu semakin ramailah yang tampil dengan ideologi-ideologi berunsurkan kritikan yang mampu menggugat sesiapa sahaja di negara ini dan tidak terkecuali pihak kerajaan. Tetapi, sepertimana yang telah ditulis dalam artikel ini, para pengguna ini tidak terlepas daripada Akta Fitnah, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Keselamatan dalam negeri. Akta-akta ini mungkin akan menjadi lebih berkesan jika Akta Komunikasi dipinda supaya penngguna tidak dapat mengkritik apa-apa hal yang berkenaan dengan kerajaan. Imej kerajaan perlu dijaga dan tidak sewenang-wenangnya dikritik oleh mana-mana pihak.

Kebebasan menggunakan Internet diberikan supaya ia dapat memudahakan pengguna agar dapat berkongsi pendapat dan meningkatkan percambahan maklumat yang mampu membantu membangunkan intelek rakyat Malaysia. Ini adalah fator utama mengapa kerajaan memberi kelonggaran ini yang kemudiannya telah di salagunakan oleh segelintir pengguna yang tidak bermoral.

Perkara-perkara yang sebegini secara tidak langsung telah bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia dimana motifnya adalah untuk merapatkan jurang perkauman diantara etnik di Malaysia. Perkara-perkara yang di maksudkan adalah artikel-artikel yang terdapat dalam internet dimana ia mencaci setiap kaum di Malaysia (berdasarkan kajian Dr Rahmat,2010).

Masalah ini semakin hari semakin meruncing dan boleh dikategorikan sebagai ‘penyakit internet’. Mungkin juga ia merupakan salah satu faktor mengapa perbalahan kaum sering berlaku di negara ini. Laman sosial yang sepatutnya digunakan untuk bersosial telah disalahgunakan untuk membuat onar. Mengapa ia berlaku? Siapakah yang perlu dipersalahkan?  Tepuklah dada tanyalah selera.     
          

No comments:

Post a Comment